Tentang Kami - Fourkay Sdn Bhd

Mengenai Fourkay

Fourkay Sdn Bhd diilhamkan daripada perkembangan pesat penggunaan emas sejak 4,000 (4K) tahun sebelum Masihi, selepas penemuan pertama emas di Sungai Nil, Mesir, pada 5,000 tahun sebelum Masihi. Nama Fourkay mencerminkan warisan keemasan ini, seiring dengan komitmen kami dalam industri emas moden.

Siapa Kami?

Dikenali juga sebagai MSMI Gold, Fourkay Sdn Bhd merupakan syarikat 100% Bumiputera, diasaskan oleh Mohamad Sanusi Mohd Isa pada 16 Mei 2023. Syarikat ini didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nombor pendaftaran 1600925-U.

Perkhidmatan Kami

Fourkay Sdn Bhd pakar dalam pembelian:

  • Emas gadaian (surat pajak gadai)

  • Emas terpakai

  • Emas perhiasan, jongkong emas & syiling emas

Kami menawarkan harga kompetitif, proses mudah, serta pembayaran segera untuk pelanggan kami di seluruh Malaysia (tertakluk kepada terma & syarat).