Fourkay cipta sejarah, syarikat pembelian gadaian emas pertama terima Sijil Pematuhan Syariah di Malaysia

FOURKAY Sdn Bhd, sebuah syarikat terkemuka dalam perniagaan pembelian emas gadaian dan emas terpakai, hari ini mencipta sejarah sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menerima Sijil Pematuhan Syariah.
Sijil ini diberikan oleh Elzar Shariah Solution and Advisory yang diketuai oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, seorang figura terkemuka dalam kewangan Islam. Pengiktirafan ini menandakan langkah penting dalam memastikan operasi syarikat mematuhi prinsip-prinsip syariah setelah melalui proses semakan dan penambahbaikan yang menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay, Mohamad Sanusi Mohd Isa, menyatakan bahawa pengiktirafan ini bukan hanya memperkukuhkan kepercayaan pelanggan tetapi juga mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan setiap aspek pengurusan adalah telus dan berintegriti. Dengan adanya sijil ini, Fourkay berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan yang mencari penyelesaian patuh syariah dalam urusan pembelian emas gadaian.
Fourkay ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peluang menjana keuntungan melalui penjualan emas gadaian. Syarikat ini berusaha untuk menyediakan penyelesaian yang efektif dan membantu individu serta komuniti yang memerlukan bantuan kewangan. Dalam usaha ini, mereka juga menekankan pentingnya memahami risiko yang terlibat dalam transaksi emas gadaian, termasuk ancaman penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menyedari bahawa masih terdapat kekurangan pemahaman di kalangan masyarakat mengenai proses ini, Fourkay berkomitmen untuk memberikan pendidikan dan maklumat yang diperlukan. Ini termasuk memberi amaran tentang isu keselamatan ketika berurusan dengan entiti yang tidak berdaftar atau tidak mempunyai kredibiliti yang sah.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Fourkay, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus, sejak penubuhannya, Fourkay telah beroperasi di Southville City, Dengkil, dan telah membantu lebih daripada 10,000 pelanggan di seluruh Malaysia dan mensasarkan meningkat kepada membantu 25,000 pelanggan pada tahun ini. Syarikat ini bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan yang selamat, pantas, dan telus kepada semua pelanggan mereka.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan, Fourkay juga melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang kepentingan pematuhan syariah dalam perniagaan mereka. Ini termasuk sesi penerangan mengenai cara-cara mengenali entiti yang sah dan mengelakkan penipuan.
Fourkay percaya bahawa dengan adanya Sijil Pematuhan Syariah, mereka dapat membina kepercayaan yang lebih kuat dalam kalangan pelanggan serta meningkatkan reputasi syarikat sebagai penyedia perkhidmatan pembelian emas gadaian yang dipercayai.

Syarikat ini juga menggalakkan masyarakat untuk menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses penjualan emas gadaian dan bagaimana ia boleh menjadi sumber pendapatan tambahan.
Sebagai langkah seterusnya, Fourkay merancang untuk meluaskan operasi mereka ke kawasan lain di Malaysia bagi mencapai lebih ramai pelanggan dan meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fourkay, orang ramai boleh melayari laman web Fourkay Gold di www.fourkaygold.com atau menghubungi talian +60182805567. – REFLEKS!